Friday, 25 February 2011

Nasi Lemak Kedah


Pagi ni terase lak mcm nk makan nasi lemak..my mom selalu masak..,.tapi perlu tinjau dulu ape bahan-bahannye....zasss....,,,

Bahan (A)
-3 cawan beras(dibasuh dan ditus)
-1/2 cawan santan
-1 inci halia
-1 helai daun pandan
-Air secukupnya
-Garam secukup rasa


Bahan (B)
-50 gram ikan bilis
-1 labu bawang besar(dikisar)
-15 tangkai cili kering(dikisar)
-Air asam jawa
-Gula dan garam secukup rasa
-Sedikit belacan

CaRa MeMbUaT:
1)Masukkan semua bahan nasi ke dalam periuk. Kacau rata dan biarkan sehingga masak.
2)Untuk sambal, goreng ikan bilis dan ketepikan
3)Tumis bahan yang dikisar, masukkan air asam jawa, belacan dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
4)Masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul sebati da angkat.
5)Hidangkan nasi lemak bersama sambal ikan bilis. Boleh juga dimakan bersama timun dan telur rebus.

Bahan Hiasan: kalau nak bagi nampak cantik nasik lemak korang dan sedap apabila dipandang, korang letakkan sedikit kacang, telur mata/ rebus, salad,timun...so makanan 2 akan nampak sedap la...pastu susun dengan cantik-cantik....seperti gambar nie:-


                                                           sedapnye.....kn........,


~SELAMAT MENCUBA~

Wednesday, 23 February 2011

Daging Rebus dengan Air Asam

Hari ini saya ingin mencuba satu jenis masakan kedah yang paling disukai ramai iaitu 'Daging Rebus dengan Air Asam'. Bahan-bahan dan cara untuk membuat masakan ini adalah ringkas dan amat mudah.Bahan-bahannya adalah:-

-500 gm daging batang pinang(dikisar)
-1 labu bawang besar(dikisar)
-4 biji cili merah(dikisar)
-1 biji tomato(dikisar)
-1 labu bawang besar(dihiris halus)
-6 biji cili merah (dihiris halus)
-6 biji cili api  (dihiris halus)
-1 biji tomato(dihiris halus)
-1 sudu makan kerisik
-garam secukup rasa
-1 cawan air asam jawa



Cara membuat:-

1) Rebus daging batang pinang. Selepas empuk, angkat dan tuskan. Potong nipis-nipis
2) Satukan bahan yang dikisar, kerisik, bahan dihiris halus serta air asam jawa. Gaul sebati dan masukkan   garam secukup rasa.
3) Hidangkan daging dengan air asam.