Wednesday, 23 February 2011

Daging Rebus dengan Air Asam

Hari ini saya ingin mencuba satu jenis masakan kedah yang paling disukai ramai iaitu 'Daging Rebus dengan Air Asam'. Bahan-bahan dan cara untuk membuat masakan ini adalah ringkas dan amat mudah.Bahan-bahannya adalah:-

-500 gm daging batang pinang(dikisar)
-1 labu bawang besar(dikisar)
-4 biji cili merah(dikisar)
-1 biji tomato(dikisar)
-1 labu bawang besar(dihiris halus)
-6 biji cili merah (dihiris halus)
-6 biji cili api  (dihiris halus)
-1 biji tomato(dihiris halus)
-1 sudu makan kerisik
-garam secukup rasa
-1 cawan air asam jawa



Cara membuat:-

1) Rebus daging batang pinang. Selepas empuk, angkat dan tuskan. Potong nipis-nipis
2) Satukan bahan yang dikisar, kerisik, bahan dihiris halus serta air asam jawa. Gaul sebati dan masukkan   garam secukup rasa.
3) Hidangkan daging dengan air asam.


No comments:

Post a Comment