Dengar namanya macam sedap je...apam lenggang...tapi macam pelik kenapa ia dipanggil apam lenggang??saya pon x tahu kenapa ia dipanggil nama lenggang...tapi x kisahlah nama apa pun asalkan boleh dimakan dan sedap dimakan,,..-)kuih ni agak pelik sebab warna coklat dan sekali pandang macam hangus je..macam tosai pon ada....tapi ia bukan hangus tau..memang permukaan dia macam tu...rasanya manis..sesuai dimakan ketika sarapan pagi atau minum petang bersama keluarga tersayang...kuih ini berbentuk panjang...time masak, ia menggunakan kuali yang leper dan tuangkan ke dalam berbentuk bulat...selepas masak, barulah lipat kuih tu..kemudian jadilah bentuk panjang...zaman sekarang ni susah nak jumpa kuih ni...nenek kite selalu la buat...kat pasar malam pon susah nak jumpa..x semua orang tahu kuih ni...sebab tu saya nak tunjuk kat korang bahawa kuih ni wujud....hehe....cara buat dia amat mudah sangat...tapi kene bancuh tepung betul-betul sebab takut x naik...jom kite tengok....=)
Bahan:
2 cawan tepung gandum...boleh ditukar dengan tepung beras
2 sudu teh yis kering
1 biji telur
santan
air suam
gula(x da sukatan,ikut kesukaan manis masing-masing)
cara membuatnya:
-gaulkan tepung, yis, gula dan air hingga sebati..jangan bubuh air banyak sangat nanti nak tambah santan. Tutup bekas dan biarkan lebih kurang 1/2 jam(hingga dia naik berganda).
-sejurus sebelum masak tu masukkan telur sebiji dan santan ke dalam adunan tadi. Adunan jangan terlalu cair. Kacau hingga sebati.
- sendukkan adunan dan tuangkan dalam kuali(sapukan sikit minyak kat kuali supaya nanti tak melekat), buat macam nak buat apam balik tu..tutup kuali dengan penutup supaya cepat masak. Bila dah masak angkat dan lipat dua.
p/s: kalau nak bancuh tepung pada malam dan buat pada pagi keesokannya pon boleh, bancuh tepung, yis, gula dan air...pada keesokan harinya just tambah telur dan santan..
Apabila dengar je pulut durian....mesti mulut anda terase macam nak makan sekarang jugak kan....??haa kali ini saya nak menceritakan sejenis makanan yang selalu dibuat oleh orang Kedah apabila tibanya musim buah durian...orang tua seperti nenek saya selalunya menyediakan pulut durian ini sebagai sarapan pagi...kalau bangun je pagi tengok pulut durian ada depan mata, mesti makanan lain tak pandang dah...semasa hendak menghidangkan pulut durian ini, ia perlu dihidangkan dengan santan dan gula...baru sedap....kalau makan durian dengan pulut je, keenakannya tak la terserlah sangat...kalau adanya kenduri seperti kenduri arwah ke...semestinya pulut durian ini akan menjadi menu utama sekiranya tiba musim durian..sehingga di pasar malam pun peniaga-peniaga akan berniaga pulut durian ni dengan harga RM3.00 sebungkus..ia juga boleh dibuat dalam bentuk pulut bubur durian..rasanya sama sahaja tetapi berlainan sedikit..saya percaya bukan semua orang suka durian kan?anda adalah orang yang paling rugi sekiranya tidak mkan durian....nak buatnya bukan susah pon....bahan-bahannya mudah aje pon..pulut yang ditanak, santan pekat beserta sedikit garam, gula dan yang penting sekali buah durian....
Cara untuk membuatnya:) -basuh beras pulut hingga bersih.Masukkan air. Air ni letak sikit sahaja. Orang tua selalu agak-agak aje kan. Untuk Pulut durian di atas za masak 3 pot beras pulut bersama 2 1/2 cawan air.(ni sebab za memang suka pulut /nasi yang lembik sikit) mungkin kalau letak 2 pot air pun dah ok. Guna pot/cawan yang sama utk pulut dan air
-masak pulut dengan api yang kecil.kalau api besar nanti berkerak -kerak pula pulut kita. Tutup periuk dan biarkan ia masak.Selalunya kalau dah berbau wangi pulut tu masaklah.
-kalau rasa tak yakin lebih senang masak pulut dalam periuk nasi.Memang gerenti takde kerak :D.
p/s: kalau nak lagi sedap, sediakan santan satu mangkuk dan gula satu piring..hidangkan di atas meja...
Kali ini saya nak menceritakan tentang satu lagi resepi yang boleh dikatakan kegilaan orang ramai iaitu laksa...tapi laksa ini bukan laksa biasa kerana ia merupakan LAKSA BERAS...laksa ini bukan senang dijumpai di mana-mana gerai yang menjual laksa..tetapi kalau di Kedah, ramai penjual yang menjualnya kerana laksa ini hanya famous di Kedah...kalau di bazar ramadhan, ramai yang menjualnya..kalau melawat Kedah singgah lah di Kuala Kedah dulu..tempat ni memang famous dengan laksa..resepinya agak berbeza sedikit dengan laksa yang selalu kita makan kerana laksanya di buat sendiri dengan menggunakan tepung beras...dan alatnya kita menggunakan satu alat yang jarang ditemui iaitu menggunakan acuan maruku ataupun dipanggil 'kebob laksa'. Apa yang menariknya ketika membuat laksa ini ialah rasanya amat sedap, cepat kenyang, dan rasanya amat lemak kerana ia dibuat denagn menggunakan tepung beras...kuahnya pula sama sahaja dengan kuah laksa penang, tetapi kalau nak buat kuahnya gunalah ikan yang banyak seperti ikan kembung dan ikan sardin sebab semakin banyak ikan yang digunakan, semakin sedap rasa laksa tu...cara membuatnya agak rumit sebab kene berpusing-pusing 'kebob laksa' tu supaya laksanya tidak kancur. Kemudian laksa tu dikukus pulak..walaupun rumit,tapi keenakannya terserlah.... jom kita tengok apakah bahan-bahannya....:)
Bahan-bahan:) 500gm tepung beras air panas mendidih secukupnya acuan maruku(kebob laksa) Periuk pengukus **Masukkan air panas mendidih secukupnya ke dalam tepung besar, gaul dengan senduk kayu sehingga adunan boleh di kepal-kepal. Panaskan kukusan Masukkan adunan ke dalam acuan maruku, tekan ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 5 minit atau hingga masak. Setelah masak, masukkan laksa tadi ke dalam air sejuk(air paip) sekejap sambil di kirai-kirai sedikit kemudian toskan airnya sedia untuk dihidangkan
Anda tahu apa itu KUIH KARAS???
Kali ini saya ingin menceritakan sejenis lagi resepi yang boleh dikatakan famous jugak di Kedah iaitu KUIH KARAS....kalau jalan-jalan di Kedah, cubalah singgah di Pekan Rabu, Alor Star..terdapat pelbagai jenis kuih tradisional..rasa kuih ini enak sangat..rangup...manis...makan satu ja x cukup kot...ia merupakan makanan yang bergoreng...anda pasti teruja jika menikmatinya...tapi simpan kuih ni elok-elok sebab kuih ni mudah masuk angin atau lemau..simpan di dalam bekas yang kedap udara...KUIH KARAS kalau di Kedah famous sangat jika terdapat kenduri kahwin..tp kalau time raya jarang orang buat kuih ni...bila adanya kenduri kahwin, tuan rumah kenduri pasti akan membuatnya kerana ia merupakan 'Kedah Traditional Food' yang unik berbentuk macam epok-epok..dan ada juga berbentuk segitiga...ikut kesukaan individu itu sendiri..haa...,apa yang uniknya dengan KUIH KARAS ini ialah ia menggunakan tempurung time nak goreng tu..warnanya pula agak kekuningan....cara untuk membuatnya agak susah kot bagi sesiapa yang belum pernah cuba...tapi bagi golongan tua seperti nenek kita pasti sudah cekap untuk membuatnya...tidak semua orang tahu untuk membuat kuih ni..jadi saya ingin menunjukkan apakah resepi nenek moyang kita ni dan cara untuk membuatnya...sapa yang nak rasa, try lah....anda pasti teruja.....=)
Tengok laa video ni....,.menarik.,,....=) live in Kedah....,
Bahan-bahan:) 1 bungkus tepung beras 2 cawan gula/ikut manis sendiri 3 cawan air Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaannya:)
Ayak tepung dan gaulkan bersama gula, kemudian masukkan air, Kacau hingga sebati. Then panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih karas(seperti acu roti jala), tuang adunan di dalam kuali seperti membuat roti kirai. Apabila warnanya agak kekuningan, angkat dengan segera dan lipat. Toskan.
Apabila sudah sejuk, simpan kuih karas ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kuih menjadi lemau atau masuk angin.
DODOL.....,inilah makanan kesukaanku bila time hari raye...warnanya agak pelik,,,hitam ja..then liat sangat,susah jugak nak makannya..tp kalau makan, comfirm nak lagi...DODOL ni makanan yang famous di Kedah...boleh dikatakan setiap rumah mesti wajib ada dodol bile time raya..golongan tua selalu buat DODOL...ya la..DODOL kan warisan tradisi nenek moyang kita...so kita yang merupakan golongan muda ni x yah la tinggalkan warisan nenek moyang kita ni macam 2 ja...kita harus belajar macam mana nak mengekalkan tradisi ni..selalunya golongan muda yang sibuk dengan tugasan harian, bila tibanya time raya, mesti beli ja kat kedai..bagi pendapat saya, DODOL yang dibuat sendiri lebih sedap daripada beli di kedai..cuba kita belajar buat sendiri....DODOL ni bukan mudah nak buatnya..ia memakan masa hampir-hampir 5 jam...tapi kalau dah masak mesti rasa seronok dari hasil tangan sendiri..cara untuk memasaknya ada 2 cara iaitu dengan menggunakan gas ataupun sabut..tetapi dengan menggunakan sabut lagi DODOL tu rasa lebih sedap..xpcaye ce try dulu...resepinya x la susah manapun..ce tengok di bawah ni :-)
1.8 kg tepung pulut
300 gm tepung beras
3.6 kg gula melaka
12 biji kelapa parut
15 helai daun pandan
cara-cara untuk membuatnya adalah:-)
First, bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan, setelah siap bancuh, tapis ke dalam kuali besi, then, masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan. bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan, jerangkan adunan ini sambil dikacau dan bila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak. bila telah masak bolehlah diangkat dan sejukkan.