Dengar namanya macam sedap je...apam lenggang...tapi macam pelik kenapa ia dipanggil apam lenggang??saya pon x tahu kenapa ia dipanggil nama lenggang...tapi x kisahlah nama apa pun asalkan boleh dimakan dan sedap dimakan,,..-)kuih ni agak pelik sebab warna coklat dan sekali pandang macam hangus je..macam tosai pon ada....tapi ia bukan hangus tau..memang permukaan dia macam tu...rasanya manis..sesuai dimakan ketika sarapan pagi atau minum petang bersama keluarga tersayang...kuih ini berbentuk panjang...time masak, ia menggunakan kuali yang leper dan tuangkan ke dalam berbentuk bulat...selepas masak, barulah lipat kuih tu..kemudian jadilah bentuk panjang...zaman sekarang ni susah nak jumpa kuih ni...nenek kite selalu la buat...kat pasar malam pon susah nak jumpa..x semua orang tahu kuih ni...sebab tu saya nak tunjuk kat korang bahawa kuih ni wujud....hehe....cara buat dia amat mudah sangat...tapi kene bancuh tepung betul-betul sebab takut x naik...jom kite tengok....=)
Bahan:
2 cawan tepung gandum...boleh ditukar dengan tepung beras
2 sudu teh yis kering
1 biji telur
santan
air suam
gula(x da sukatan,ikut kesukaan manis masing-masing)
cara membuatnya:
-gaulkan tepung, yis, gula dan air hingga sebati..jangan bubuh air banyak sangat nanti nak tambah santan. Tutup bekas dan biarkan lebih kurang 1/2 jam(hingga dia naik berganda).
-sejurus sebelum masak tu masukkan telur sebiji dan santan ke dalam adunan tadi. Adunan jangan terlalu cair. Kacau hingga sebati.
- sendukkan adunan dan tuangkan dalam kuali(sapukan sikit minyak kat kuali supaya nanti tak melekat), buat macam nak buat apam balik tu..tutup kuali dengan penutup supaya cepat masak. Bila dah masak angkat dan lipat dua.
p/s: kalau nak bancuh tepung pada malam dan buat pada pagi keesokannya pon boleh, bancuh tepung, yis, gula dan air...pada keesokan harinya just tambah telur dan santan..
~~SELMAT MENCUBA~~
Tq for sharing.. Tetiba teringin apam ni. Terus buat haaha
ReplyDeleteX sedap
ReplyDelete