Wednesday, 6 April 2011

PuLuT dUrIaN

Apabila dengar je pulut durian....mesti mulut anda terase macam nak makan sekarang jugak kan....??haa kali ini saya nak menceritakan sejenis makanan yang selalu dibuat oleh orang Kedah apabila tibanya musim buah durian...orang tua seperti nenek saya selalunya menyediakan pulut durian ini sebagai sarapan pagi...kalau bangun je pagi tengok pulut durian ada depan mata, mesti makanan lain tak pandang dah...semasa hendak menghidangkan pulut durian ini, ia perlu dihidangkan dengan santan dan gula...baru sedap....kalau makan durian dengan pulut je, keenakannya tak la terserlah sangat...kalau adanya kenduri seperti kenduri arwah ke...semestinya pulut durian ini akan menjadi menu utama sekiranya tiba musim durian..sehingga di pasar malam pun peniaga-peniaga akan berniaga pulut durian ni dengan harga RM3.00 sebungkus..ia juga boleh dibuat dalam bentuk pulut bubur durian..rasanya sama sahaja tetapi berlainan sedikit..saya percaya bukan semua orang suka durian kan?anda adalah orang yang paling rugi sekiranya tidak mkan durian....nak buatnya bukan susah pon....bahan-bahannya mudah aje pon..pulut yang ditanak, santan pekat beserta sedikit garam, gula dan yang penting sekali buah durian....


Cara untuk membuatnya:)
-basuh beras pulut hingga bersih.Masukkan air. Air ni letak sikit sahaja. Orang tua selalu agak-agak aje kan. Untuk Pulut durian di atas za masak 3 pot beras pulut bersama 2 1/2 cawan air.(ni sebab za memang suka pulut /nasi yang lembik sikit) mungkin kalau letak 2 pot air pun dah ok. Guna pot/cawan yang sama utk pulut dan air
-masak pulut dengan api yang kecil.kalau api besar nanti berkerak -kerak pula pulut kita. Tutup periuk dan biarkan ia masak.Selalunya kalau dah berbau wangi pulut tu masaklah.
-kalau rasa tak yakin lebih senang masak pulut dalam periuk nasi.Memang gerenti takde kerak :D.



p/s: kalau nak lagi sedap, sediakan santan satu mangkuk dan gula satu piring..hidangkan di atas meja...



1 comment:

  1. wuaa..anak murid..jom sewa kete pi beli durian...cikgu ngidam r...

    ReplyDelete