Tuesday 5 April 2011

LaKsA bErAs ReSePi BoNdAkU......


Kali ini saya nak menceritakan tentang satu lagi resepi yang boleh dikatakan kegilaan orang ramai iaitu laksa...tapi laksa ini bukan laksa biasa kerana ia merupakan LAKSA BERAS...laksa ini bukan senang dijumpai di mana-mana gerai yang menjual laksa..tetapi kalau di Kedah, ramai penjual yang menjualnya kerana laksa ini hanya famous di Kedah...kalau di bazar ramadhan, ramai yang menjualnya..kalau melawat Kedah singgah lah di Kuala Kedah dulu..tempat ni memang famous dengan laksa..resepinya agak berbeza sedikit dengan laksa yang selalu kita makan kerana laksanya di buat sendiri dengan menggunakan tepung beras...dan alatnya kita menggunakan satu alat yang jarang ditemui iaitu menggunakan acuan maruku ataupun dipanggil 'kebob laksa'. Apa yang menariknya ketika membuat laksa ini ialah rasanya amat sedap, cepat kenyang, dan rasanya amat lemak kerana ia dibuat denagn menggunakan tepung beras...kuahnya pula sama sahaja dengan kuah laksa penang, tetapi kalau nak buat kuahnya gunalah ikan yang banyak seperti ikan kembung dan ikan sardin sebab semakin banyak ikan yang digunakan, semakin sedap rasa laksa tu...cara membuatnya agak rumit sebab kene berpusing-pusing 'kebob laksa' tu supaya laksanya tidak kancur. Kemudian laksa tu dikukus pulak..walaupun rumit,tapi keenakannya terserlah.... jom kita tengok apakah bahan-bahannya....:)

Bahan-bahan:)

500gm tepung beras
air panas mendidih secukupnya
acuan maruku(kebob laksa)
Periuk pengukus

**Masukkan air panas mendidih secukupnya ke dalam tepung besar, gaul dengan senduk kayu sehingga adunan boleh di kepal-kepal.
Panaskan kukusan
Masukkan adunan ke dalam acuan maruku, tekan ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 5 minit atau hingga masak.
Setelah masak, masukkan laksa tadi ke dalam air sejuk(air paip) sekejap sambil di kirai-kirai sedikit kemudian toskan airnya
sedia untuk dihidangkan







nyummmmm..........

-SELAMAT MENCUBA-

No comments:

Post a Comment