Wednesday, 6 April 2011

kUiH aPaM LeNgGaNg....

Dengar namanya macam sedap je...apam lenggang...tapi macam pelik kenapa ia dipanggil apam lenggang??saya pon x tahu kenapa ia dipanggil nama lenggang...tapi x kisahlah nama apa pun asalkan boleh dimakan dan sedap dimakan,,..-)kuih ni agak pelik sebab warna coklat dan sekali pandang macam hangus je..macam tosai pon ada....tapi ia bukan hangus tau..memang permukaan dia macam tu...rasanya manis..sesuai dimakan ketika sarapan pagi atau minum petang bersama keluarga tersayang...kuih ini berbentuk panjang...time masak, ia menggunakan kuali yang leper dan tuangkan ke dalam berbentuk bulat...selepas masak, barulah lipat kuih tu..kemudian jadilah bentuk panjang...zaman sekarang ni susah nak jumpa kuih ni...nenek kite selalu la buat...kat pasar malam pon susah nak jumpa..x semua orang tahu kuih ni...sebab tu saya nak tunjuk kat korang bahawa kuih ni wujud....hehe....cara buat dia amat mudah sangat...tapi kene bancuh tepung betul-betul sebab takut x naik...jom kite tengok....=)

Bahan:
2 cawan tepung gandum...boleh ditukar dengan tepung beras
2 sudu teh yis kering
1 biji telur
santan
air suam
gula(x da sukatan,ikut kesukaan manis masing-masing)

cara membuatnya:
-gaulkan tepung, yis, gula dan air hingga sebati..jangan bubuh air banyak sangat nanti nak tambah santan. Tutup bekas dan biarkan lebih kurang 1/2 jam(hingga dia naik berganda).
-sejurus sebelum masak tu masukkan telur sebiji dan santan ke dalam adunan tadi. Adunan jangan terlalu cair. Kacau hingga sebati.
- sendukkan adunan dan tuangkan dalam kuali(sapukan sikit minyak kat kuali supaya nanti tak melekat), buat macam nak buat apam balik tu..tutup kuali dengan penutup supaya cepat masak. Bila dah masak angkat dan lipat dua.

p/s: kalau nak bancuh tepung pada malam dan buat pada pagi keesokannya pon boleh, bancuh tepung, yis, gula dan air...pada keesokan harinya just tambah telur dan santan..





~~SELMAT MENCUBA~~

PuLuT dUrIaN

Apabila dengar je pulut durian....mesti mulut anda terase macam nak makan sekarang jugak kan....??haa kali ini saya nak menceritakan sejenis makanan yang selalu dibuat oleh orang Kedah apabila tibanya musim buah durian...orang tua seperti nenek saya selalunya menyediakan pulut durian ini sebagai sarapan pagi...kalau bangun je pagi tengok pulut durian ada depan mata, mesti makanan lain tak pandang dah...semasa hendak menghidangkan pulut durian ini, ia perlu dihidangkan dengan santan dan gula...baru sedap....kalau makan durian dengan pulut je, keenakannya tak la terserlah sangat...kalau adanya kenduri seperti kenduri arwah ke...semestinya pulut durian ini akan menjadi menu utama sekiranya tiba musim durian..sehingga di pasar malam pun peniaga-peniaga akan berniaga pulut durian ni dengan harga RM3.00 sebungkus..ia juga boleh dibuat dalam bentuk pulut bubur durian..rasanya sama sahaja tetapi berlainan sedikit..saya percaya bukan semua orang suka durian kan?anda adalah orang yang paling rugi sekiranya tidak mkan durian....nak buatnya bukan susah pon....bahan-bahannya mudah aje pon..pulut yang ditanak, santan pekat beserta sedikit garam, gula dan yang penting sekali buah durian....


Cara untuk membuatnya:)
-basuh beras pulut hingga bersih.Masukkan air. Air ni letak sikit sahaja. Orang tua selalu agak-agak aje kan. Untuk Pulut durian di atas za masak 3 pot beras pulut bersama 2 1/2 cawan air.(ni sebab za memang suka pulut /nasi yang lembik sikit) mungkin kalau letak 2 pot air pun dah ok. Guna pot/cawan yang sama utk pulut dan air
-masak pulut dengan api yang kecil.kalau api besar nanti berkerak -kerak pula pulut kita. Tutup periuk dan biarkan ia masak.Selalunya kalau dah berbau wangi pulut tu masaklah.
-kalau rasa tak yakin lebih senang masak pulut dalam periuk nasi.Memang gerenti takde kerak :D.



p/s: kalau nak lagi sedap, sediakan santan satu mangkuk dan gula satu piring..hidangkan di atas meja...



Tuesday, 5 April 2011

LaKsA bErAs ReSePi BoNdAkU......


Kali ini saya nak menceritakan tentang satu lagi resepi yang boleh dikatakan kegilaan orang ramai iaitu laksa...tapi laksa ini bukan laksa biasa kerana ia merupakan LAKSA BERAS...laksa ini bukan senang dijumpai di mana-mana gerai yang menjual laksa..tetapi kalau di Kedah, ramai penjual yang menjualnya kerana laksa ini hanya famous di Kedah...kalau di bazar ramadhan, ramai yang menjualnya..kalau melawat Kedah singgah lah di Kuala Kedah dulu..tempat ni memang famous dengan laksa..resepinya agak berbeza sedikit dengan laksa yang selalu kita makan kerana laksanya di buat sendiri dengan menggunakan tepung beras...dan alatnya kita menggunakan satu alat yang jarang ditemui iaitu menggunakan acuan maruku ataupun dipanggil 'kebob laksa'. Apa yang menariknya ketika membuat laksa ini ialah rasanya amat sedap, cepat kenyang, dan rasanya amat lemak kerana ia dibuat denagn menggunakan tepung beras...kuahnya pula sama sahaja dengan kuah laksa penang, tetapi kalau nak buat kuahnya gunalah ikan yang banyak seperti ikan kembung dan ikan sardin sebab semakin banyak ikan yang digunakan, semakin sedap rasa laksa tu...cara membuatnya agak rumit sebab kene berpusing-pusing 'kebob laksa' tu supaya laksanya tidak kancur. Kemudian laksa tu dikukus pulak..walaupun rumit,tapi keenakannya terserlah.... jom kita tengok apakah bahan-bahannya....:)

Bahan-bahan:)

500gm tepung beras
air panas mendidih secukupnya
acuan maruku(kebob laksa)
Periuk pengukus

**Masukkan air panas mendidih secukupnya ke dalam tepung besar, gaul dengan senduk kayu sehingga adunan boleh di kepal-kepal.
Panaskan kukusan
Masukkan adunan ke dalam acuan maruku, tekan ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 5 minit atau hingga masak.
Setelah masak, masukkan laksa tadi ke dalam air sejuk(air paip) sekejap sambil di kirai-kirai sedikit kemudian toskan airnya
sedia untuk dihidangkan







nyummmmm..........

-SELAMAT MENCUBA-

Saturday, 2 April 2011

kUiH kArAs MaNiS.......

Anda tahu apa itu KUIH KARAS???
Kali ini saya ingin menceritakan sejenis lagi resepi yang boleh dikatakan famous jugak di Kedah iaitu KUIH KARAS....kalau jalan-jalan di Kedah, cubalah singgah di Pekan Rabu, Alor Star..terdapat pelbagai jenis kuih tradisional..rasa kuih ini enak sangat..rangup...manis...makan satu ja x cukup kot...ia merupakan makanan yang bergoreng...anda pasti teruja jika menikmatinya...tapi simpan kuih ni elok-elok sebab kuih ni mudah masuk angin atau lemau..simpan di dalam bekas yang kedap udara...KUIH KARAS kalau di Kedah famous sangat jika terdapat kenduri kahwin..tp kalau time raya jarang orang buat kuih ni...bila adanya kenduri kahwin, tuan rumah kenduri pasti akan membuatnya kerana ia merupakan 'Kedah Traditional Food' yang unik berbentuk macam epok-epok..dan ada juga berbentuk segitiga...ikut kesukaan individu itu sendiri..haa...,apa yang uniknya dengan KUIH KARAS ini ialah ia menggunakan tempurung time nak goreng tu..warnanya pula agak kekuningan....cara untuk membuatnya agak susah kot bagi sesiapa yang belum pernah cuba...tapi bagi golongan tua seperti nenek kita pasti sudah cekap untuk membuatnya...tidak semua orang tahu untuk membuat kuih ni..jadi saya ingin menunjukkan apakah resepi nenek moyang kita ni dan cara untuk membuatnya...sapa yang nak rasa, try lah....anda pasti teruja.....=)


Tengok laa video ni....,.menarik.,,....=) live in Kedah...., 


Bahan-bahan:)
1 bungkus tepung beras
2 cawan gula/ikut manis sendiri
3 cawan air
Minyak untuk menggoreng



Cara penyediaannya:)


Ayak tepung dan gaulkan bersama gula, kemudian masukkan air, Kacau hingga sebati. Then panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih karas(seperti acu roti jala), tuang adunan di dalam kuali seperti membuat roti kirai. Apabila warnanya agak kekuningan, angkat dengan segera dan lipat. Toskan.

Apabila sudah sejuk, simpan kuih karas ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kuih menjadi lemau atau masuk angin.



-SELAMAT MENCUBA-





                            haa....,dah siap dah KUIH KARAS MANIS......,

DoDoL KeGeMaRaNkU





DODOL.....,inilah makanan kesukaanku bila time hari raye...warnanya agak pelik,,,hitam ja..then liat sangat,susah jugak nak makannya..tp kalau makan, comfirm nak lagi...DODOL ni makanan yang famous di Kedah...boleh dikatakan setiap rumah mesti wajib ada dodol bile time raya..golongan tua selalu buat DODOL...ya la..DODOL kan warisan tradisi nenek moyang kita...so kita yang merupakan golongan muda ni x yah la tinggalkan warisan nenek moyang kita ni macam 2 ja...kita harus belajar macam mana nak mengekalkan tradisi ni..selalunya golongan muda yang sibuk dengan tugasan harian, bila tibanya time raya, mesti beli ja kat kedai..bagi pendapat saya, DODOL yang dibuat sendiri lebih sedap daripada beli di kedai..cuba kita belajar buat sendiri....DODOL ni bukan mudah nak buatnya..ia memakan masa hampir-hampir 5 jam...tapi kalau dah masak mesti rasa seronok dari hasil tangan sendiri..cara untuk memasaknya ada 2 cara iaitu dengan menggunakan gas ataupun sabut..tetapi dengan menggunakan sabut lagi DODOL tu rasa lebih sedap..xpcaye ce try dulu...resepinya x la susah manapun..ce tengok di bawah ni :-)


 1.8 kg tepung pulut
300 gm tepung beras
3.6 kg gula melaka
12 biji kelapa parut
15 helai daun pandan

cara-cara untuk membuatnya adala
h:-)

First, bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan, setelah siap bancuh, tapis ke dalam kuali besi, then, masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan. bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan, jerangkan adunan ini sambil dikacau dan bila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak. bila telah masak bolehlah diangkat dan sejukkan.

                         ~~~SELAMAT MENCUBA~~










Wednesday, 23 March 2011

Pencuci Mulut(serawa pisang@ubi)

salam....hari ni sy nak menceritakan satu lagi jenis masakan yang amat digemari oleh orang Kedah. Ia adalah sejenis makanan pencuci mulut. Makanan tersebut adalah serawa...klu org Kedah cakap 'seqawa'. Serawa adalah sejenis makanan yang manis.Serawa ni kalau kat Kedah, klu ada kenduri kahwin,diorang selalu jadikan makanan pencuci mulut. Ia seperti bubur, sekali pandang bukan bubur tapi sejenis makanan pencuci mulut. Kalau korang nak cuba makan, korang boleh masak bersama dengan pisang atau ubi keledek..tapi yang famousnya makan dengan pisang sebab rasa lebih enak. Cara masakannya ia dimasukkan bersama gula,secubit garam, daun pandan,gula melaka(apong) sagu dan santan kelapa.tapi pastikan santan tu pekat sebab nak bagi rasa lemak santan tu dan gunakan api yang perlahan time nak masak tu..tp jangan bagi santan 2 menggelegak sbb takut santan 2 pecah,so klu serawa tu masak,nanti dia akan jadi pecah santan dan tak rasa keenakan serawa 2. lepas santan masak,masukkan pisang atau ubi(ikut kesukaan) pelahan-lahan..pastikan potong dulu pisang atau ubi 2..potong ikut kesukaan korang la..potongan dadu ke or apa2 ja.. pastikan sagu dimasukkan time yang last tu..agak sagu dah kembang, so ini maknanya serawa tu dah masak. jadi hidanglah untuk family tersayang....selamat mencuba....~~


      
 

Tuesday, 15 March 2011

macam mana nak cari masakan yang sedap dan menarik...

Asyik-asyik setiap hari masak makanan yang same je...terutama kaum hawa atau suri rumah yang tidak bekerja semestinya mereka bosan dengan masakan harian untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. Jadi, jangan risau kesemua tu ada jalannya yang tersendiri, kalau kita search je internet kite cari je masakan ape yang kite nak masak setiap hari. Contohnya, Tetibe je terase nak makan masakan negeri Kelantan, so taip je masakan Kelantan tu dalam internet, dengan sekelip mate je, boleh dapat resepi tu. Macam-macam resepi yang ada yang kite x tahu contohnya kuih "Badak Berendam" orang Kedah mesti x tahu kan, so try la hidang untuk keluarga tercinta, Boleh dimakan waktu petang bersama secawan kopi panas, nyummm....,comfirm sedap....SELAMAT ,ENCUBA...~~

Friday, 25 February 2011

Nasi Lemak Kedah


Pagi ni terase lak mcm nk makan nasi lemak..my mom selalu masak..,.tapi perlu tinjau dulu ape bahan-bahannye....zasss....,,,

Bahan (A)
-3 cawan beras(dibasuh dan ditus)
-1/2 cawan santan
-1 inci halia
-1 helai daun pandan
-Air secukupnya
-Garam secukup rasa


Bahan (B)
-50 gram ikan bilis
-1 labu bawang besar(dikisar)
-15 tangkai cili kering(dikisar)
-Air asam jawa
-Gula dan garam secukup rasa
-Sedikit belacan

CaRa MeMbUaT:
1)Masukkan semua bahan nasi ke dalam periuk. Kacau rata dan biarkan sehingga masak.
2)Untuk sambal, goreng ikan bilis dan ketepikan
3)Tumis bahan yang dikisar, masukkan air asam jawa, belacan dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
4)Masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul sebati da angkat.
5)Hidangkan nasi lemak bersama sambal ikan bilis. Boleh juga dimakan bersama timun dan telur rebus.

Bahan Hiasan: kalau nak bagi nampak cantik nasik lemak korang dan sedap apabila dipandang, korang letakkan sedikit kacang, telur mata/ rebus, salad,timun...so makanan 2 akan nampak sedap la...pastu susun dengan cantik-cantik....seperti gambar nie:-


                                                           sedapnye.....kn........,


~SELAMAT MENCUBA~

Wednesday, 23 February 2011

Daging Rebus dengan Air Asam

Hari ini saya ingin mencuba satu jenis masakan kedah yang paling disukai ramai iaitu 'Daging Rebus dengan Air Asam'. Bahan-bahan dan cara untuk membuat masakan ini adalah ringkas dan amat mudah.Bahan-bahannya adalah:-

-500 gm daging batang pinang(dikisar)
-1 labu bawang besar(dikisar)
-4 biji cili merah(dikisar)
-1 biji tomato(dikisar)
-1 labu bawang besar(dihiris halus)
-6 biji cili merah (dihiris halus)
-6 biji cili api  (dihiris halus)
-1 biji tomato(dihiris halus)
-1 sudu makan kerisik
-garam secukup rasa
-1 cawan air asam jawa



Cara membuat:-

1) Rebus daging batang pinang. Selepas empuk, angkat dan tuskan. Potong nipis-nipis
2) Satukan bahan yang dikisar, kerisik, bahan dihiris halus serta air asam jawa. Gaul sebati dan masukkan   garam secukup rasa.
3) Hidangkan daging dengan air asam.